Kelab Isteri Taat Sedia Bakar Buku Panduan Seks

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Buku Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.
Buku Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.

PETALING JAYA: Kelab Isteri Taat mungkin akan membakar atau menghapuskan buku kontroversi panduan seks, kata Pengerusi kelab berkenaan di Malaysia, Fauziah Ariffin.

Keputusan berkenaan dibuat ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia berkuat kuasa serta merta Rabu lalu.

"Buku ini bersaiz kecil. Jika pihak berkuasa kata kita tidak boleh menyimpannya kita akan mematuhi arahan tersebut….kita tidak akan menyimpannya atau kita akan membakarny, " katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli kelab berkenaan mempunyai hak untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan buku tersebut.

“Kita telah menghentikan penerbitan edisi pertama buku berkenaan, jadi kita tidak akan merayu (kepada KDN) atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pengharaman buku tersebut.

“Biar orang ramai menilai isi kandungan buku ini, kita telah membuat masyarakat sedar mengapa isteri perlu patuh kepada suami dan adalah penting untuk melakukan hubungan intim dalam kehidupan seharian dalam usaha mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka,” katanya.

Fauziah berkata, buku berkenaan telah diedarkan kepada ahli-ahli mereka sebelum diharamkan dan buku tersebut telah dijual serta laku seperti ‘pisang goreng panas’.

“Kami menerima maklum balas yang positif. Ramai pasangan suami isteri telah dapat mengenalpasti bahawa mereka menghadapi masalah dalam melakukan hubungan intim.

"Justeru mereka berkata dengan adanya buku tersebut mereka mendapat ilmu dan berjaya memperbaiki serta menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya.

Beliau mendakwa lebih daripada 40 naskah buku tersebut telah dicetak setakat ini.

Pada Rabu KDN mengumumkan pengharaman buku kontroversi yang diedarkan oleh Kelab Isteri Taat.

Sesiapa yang didapati memiliki buku tersebut boleh didenda sehingga RM5,000.

Manakala mereka yang didapati mencetak serta mengedar buku berkenaan untuk dijual di pasaran boleh kenakan denda tidak melebihi RM20,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekalinya.

Buku kontroversi berkenaan telah ditulis oleh Hatijah Aam yang juga isteri kepada bekas pengasas kumpulan al-Arqam, Ashaari Muhammad dan pengasas Kelab Isteri Taat.

Kelab berkenaan ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh kumpulan al-Arqam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan