Cadangan Supaya Sekolah Diberi Opsyen Untuk Mengajar Matematik & Sains Dalam BI Bukan Polisi Umum Pakatan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Memberi sekolah opsyen untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah sebahagian daripada polisi umum Pakatan Rakyat walaupun DAP mahukannya, kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau menambah, sementara PKR setuju bahawa terdapatnya keperluan untuk para pelajar menguasai bahasa Inggeris dan memperolehi pendidikan yang berkualiti tetapi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeria (PPSMI) bukanlah caranya untuk mencapai objektif tersebut.

“Polis Pakatan sangat jelas mengenai perkara itu dan polisi berkenaan harus kekal begitu sehingga pucuk pimpinan memutuskan sebaliknya," ujarnya.

Isnin lalu, DAP telah dilaporkan menggesa Kementerian Pelajaran agar memberi opsyen kepada sekolah-sekolah sama ada mahu memilih untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Dalam konteks ini, Nik Nazmi berkata, Pakatan tidak bersetuju dengan PPSMI kerana pada pandangan Pakatan, cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar sekolah adalah dalam bahasa kebangsaan kerana ia difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Mengajar sesuatu subjek dalam bahasa yang tidak mereka (pelajar) kuasai hanya memberi faedah kepada segolongan kecil pelajar yang menguasai bahasa Inggeris berbanding dengan majoriti pelajar yang lain dan di sini tidak akan berlaku keadilan atau sama rata,” katanya.

Pakatan katanya, akan menyokong sebarang usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran bahasa Inggeris dengan memastikan guru yang mengajar bahasa tersebut menguasai silibus dan bahasa berkenaan.

Nik Nazmi juga berkata, prestasi Malaysia telah menurun dengan mendadak dalam Trend Pembelajaran Matematik dan Sains Antarabangsa 2007 iaitu selepas pelaksanaan PPSMI.

Sebaliknya Nik Nazmi menegaskan bahawa PPSMI, yang mula diperkenalkan pada tahun 2003, hanya menonjolkan satu perkara iaitu guru-guru yang mengajar subjek berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan cekap kerana mereka dipaksa untuk mengajar sesuatu yang bukan dalam bahasa penguasaan mereka.

Akibatnya, kualiti pembelajaran matematik dan sains telah merudum.

“Malah pelajar yang datang dari keluarga yang tidak menguasai bahasa Inggeris terpaksa menanggung beban tambahan bersama-sama guru yang juga tidak menguasai bahasa tersebut,” tegasnya.

Nik Nazmi juga mengingatkan bahawa isu mengenai PPSMI juga tidak disebutkan dalam polisi bersama Buku Jingga yang dipersetujui oleh PKR, PAS and DAP.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan