80 Peratus Pinjaman Perumahan Kerajaan Dipohon Melalui Atas Talian

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada 3,000 permohonan pinjaman perumahan yang diterima oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh sebulan adalah melalui atas talian, sejak perkhidmatan itu diperkenalkan Ogos lalu.

Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Datuk Shuib Md Yusop berkata, dengan sambutan menggalakkan daripada penjawat awam itu, pihaknya yakin pelaksanaan sistem tersebut sepenuhnya mulai Januari depan tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

"Dari maklum balas yang diterima, orang ramai lebih suka kepada sistem ini kerana ia lebih pantas, cepat, mudah dan tidak perlu risau atau tertanya-tanya mengenai kelayakan mereka untuk membeli rumah kerana semua maklumat yang diperlukan ada di sana.

"Jadi kita yakin ia dapat dilaksanakan sepenuhnya Januari nanti, kecuali untuk permohonan yang sebab-sebab yang kukuh untuk tidak menggunakannya seperti mereka yang berada di kawasan pedalaman dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MyPrestasi dan Standard People Practice (SPP) di sini Jumaat.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Nozirah Bahari yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Perkhidmatan permohonan pinjaman atas talian itu boleh dilayari melalui portal sppb.treasury.gov.my, di mana peminjam juga boleh menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan.

Sementara itu, Shuib berkata MyPrestasi dan SPP yang dilancarkan hari ini merupakan satu lagi langkah penambahbaikan jabatan itu dalam meningkatkan sistem penyampaiannya untuk kepentingan pelanggan. Beliau berkata MyPrestasi merupakan sistem penilaian keseluruhan jabatan secara atas talian yang pertama seumpamanya bagi jabatan kerajaan di negara ini, yang membolehkan penilaian dilakukan dengan lebih sistematik, tepat dan cepat berbanding dengan sistem manual sebelum ini, justeru membolehkan tindakan susulan diambil bagi mana-mana unit yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

"SPP pula merupakan panduan dan rujukan warga BPP terutama di barisan hadapan bagi mewujudkan satu standard pengurusan khidmat pelanggan sama ada di kaunter atau melalui telefon yang menekankan pembudayaan layanan yang profesional, berhemah dan mesra pelanggan.

"BPP setiap bulan menerima secara purata 4,000 orang pelanggan di kaunter serta tidak kurang dari 30,000 panggilan telefon yang terdiri dari golongan pelbagai latar belakang. Oleh itu satu standard bagi tatacara layanan pelanggan perlu diwujudkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan