Tribunal Rayuan Persaingan Akan Diwujudkan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tribunal Rayuan Persaingan yang berfungsi sebagai badan rayuan akan ditubuhkan pada hujung tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tribunal tersebut yang akan berkuatkuasa selaras dengan penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 iaitu pada 1 Jan depan, akan mengendalikan kes rayuan susulan daripada sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

"Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh MyCC, mereka boleh merujuk kes mereka ke tribunal ini untuk membuat rayuan.

"Ia merupakan badan bebas kerana tribunal ini merupakan satu panel rayuan yang akan mengendalikan kes atau keputusan yang dibuat oleh MyCC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Persaingan dan Kebajikan Pengguna di sini, Khamis.

Seminar sehari itu membincangkan mengenai peranan Akta Persaingan 2010 dalam melindungi kepentingan pengguna yang disertai oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara, antaranya penggiat industri kepenggunaan dan ketua-ketua pertubuhan.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Ismail Sabri berkata MyCC boleh menyiasat sebarang kes yang melibatkan monopoli dan kartel dalam perniagaan.

"MyCC berhak menyiasat sesiapa sahaja berhubung sebarang aduan sama ada daripada kementerian, orang ramai mahupun oleh MyCC sendiri yang mengesyaki sebarang penyalahgunaan kuasa atau kartel. "Seterusnya MyCC boleh menyiasat, memanggil pihak yang disyaki dan membicarakan kes seperti di mahkamah sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

MyCC yang dibentuk melalui Akta Persaingan 2010 bertanggungjawab menangani kegiatan berpakat untuk menaikkan harga barang atau mengurangkan bekalan, monopoli dan perlakuan perdagangan tidak adil. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan