Tiga Tempat Perlindugan Khas Bayi Akan Diwujudkan -Seai Kie

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (OrphanCARE) akan mewujudkan tiga lagi tempat khas perlindungan bayi atau 'baby hatch'.

Timbalan Menterinya Heng Seai Kie berkata 'baby hatch' yang dilancarkan pada 29 Mei tahun lepas itu akan diwujudkan setiap satu di Johor Baharu, Kota Baharu dan Pulau Pinang.

"Baby hatch' bertujuan menempatkan bayi dengan selamat untuk ibu-ibu terdesak yang tidak menginginkan bayi mereka," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Firdaus Jaafar (Pas-Jerai) di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Heng berkata pada bulan lepas seramai 34,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mengikuti modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) pada siri ketiga program itu bagi tahun ini.

Beliau berkata modul itu mula diintegrasikan ke dalam PLKN bermula Julai lepas pada siri kedua program itu tahun ini yang turut melibatkan seramai 34,000 pelatih PLKN.

"Integrasi itu merupakan kerjasama strategik KPWKM dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi menangani masalah pembuangan bayi. KPWKM percaya pencegahan melalui pendidikan adalah cara terbaik membendung masalah ini," katanya.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Heng berkata KPWKM memandang serius kegiatan klinik swasta yang memberikan perkhidmatan pengguguran bayi dan akan bekerjasama dengan kementerian terlibat bagi membanteras kegiatan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan