Senarai Pelatih PLKN Siri Kesembilan Diumum Hujung Bulan ini

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Senarai nama 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri kesembilan akan diketahui akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

"Para bakal pelatih yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu tidak perlu risau, nama mereka yang tersenarai boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel," katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Bukit Merbau dekat sini, Khamis.

Pelatih siri tersebut akan ditempatkan di 81 kem latihan di seluruh negara mulai 1 Jan tahun depan.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan hadiah kepada pelatih yang menyertai pertandingan menembak sempena latihan pengendalian senjata untuk 356 pelatih PLKN dari Kem Cancun Park, Pasir Mas.

Turut hadir ialah Pengarah PLKN Zon G Kelantan, Lt Kol Zahri Harun dan Komander Batalion Ke-5, Lt Kol Jefri Sulaiman.

Mengenai PLKN siri kelapan, Abdul Hadi berkata seramai 18,000 peserta akan menamatkan latihan dalam tempoh sebulan sebulan lagi dan pada ketika ini mereka sedang menghabiskan modul latihan menggunakan senjata api dan khidmat masyarakat.

Beliau berkata mereka juga diberi cuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga selama tiga hari mulai Jumaat hingga 7 November ini.

"Bagaimanapun, kebanyakan pelatih dari Malaysia Timur, seperti Sabah dan Sarawak tidak dapat pulang berhari raya di kampung masing-masing dan terpaksa tinggal di kem dan ini memberi peluang menyemarakkan lagi sambutan hari raya bersama rakan-rakan dan masyarakat setempat," katanya.

Mengenai persiapan pihaknya menghadapi musim banjir, Abdul Hadi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam mengatur strategi menghadapi bencana alam itu jika membabitkan pelatih PLKN.

Namun beliau yakin banjir mungkin tidak melibatkan kem PLKN kerana kebanyakan lokasi kem terletak di kawasan tinggi, kecuali beberapa tempat di Johor.

Ibu bapa kepada pelatih tidak perlu risau dengan suasana itu, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan