Rakyat Malaysia Diseru Bantu Mangsa Banjir Di Thailand

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) diminta menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan makanan untuk misi bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa banjir di Thailand. Penyelaras misi penghantaran itu yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah berkata misi yang diselaras oleh Pejabat Perdana Menteri itu akan menghantar bekalan makanan dan air mineral ke Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam esok.

"Pihak Misi bantuan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyalurkan bantuan bekalan makanan dan minuman untuk diedarkan di Bangkok dan kawasan-kawasan lain yang terjejas teruk akibat banjir di Thailand," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan Malaysia telah menyumbang AS$1 juta (RM3.15 juta) kepada kerajaan Thailand untuk membantu mangsa banjir dan lebih 1,000 karton air minuman dengan menggunakan sebuah kontena pada 30 Oktober lepas ke Hatyai, Thailand.

Mengenai kemungkinan banjir di Malaysia, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada masa terdekat bagi membincangkan persediaan menghadapi bencana itu. Orang ramai dan NGO yang ingin memberi sumbangan terhadap Misi bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa banjir di Thailand boleh melakukannya dengan menghubungi talian 017-7455674, 012-3193287 atau 012-3903617. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan