Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka - Khalid

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Khamis mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

"Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur.

"Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya.

Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal.

"Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah.

"Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan.

"Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan