Pemuda PAS, Pembela Adakan Demo Bantah Program Seksualiti Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan demonstrasi membantah program 'Seksualiti Merdeka 2011' selepas solat Jumaat di dua lokasi berbeza esok.

Pemuda PAS dijangka mengadakan perhimpunan di Masjid Kampung Baru sementara Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) pula akan mengadakan demonstrasi aman di Masjid Negeri Shah Alam.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen menjemput umat Islam serta NGO hadir serta menyertai demonstrasi aman tersebut.

"Demonstrasi ini diadakan sebagai menyahut permintaan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut menyatakan bantahan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 sebelum ini.

"Antara pemimpin yang dijangka hadir pada majlis berkenaan termasuk Nasrudin; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Ditanya sama ada mereka telah memohon permit daripada pihak polis, Herman berkata bantahan tersebut akan diadakan dalam kawasan perkarangan masjid.

Sementara itu Pembela dalam satu kenyataan berkata, beberapa pemimpin dijangka menyampaikan ucapan dalam demonstrasi yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam.

Antaranya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali serta Pengerusi Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Dr Yusri Mohamad.

Program Seksualiti Merdeka adalah acara tahunan yang diadakan bagi meraikan hak asasi manusia yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Antara program yang dirancang sepanjang festival berkenaan, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan