Pemuda PAS Gesa Seksualiti Merdeka Dibatalkan

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS mahu penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka yang mahu menuntut kebebasan cara hidup barat yang nyata bertentangan dengan norma, budaya serta amalan agama di negara ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS sedia berdialog dengan pihak penganjur bagi mengelakkan ia menjadi polemik yang lebih besar pada masa akan datang.

“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa yang tidak tenteram dan tidak boleh menyelesaikan masalah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang diadakan untuk meraikan hak asasi manusia terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) aktivis dan beberapa individu sejak 2008.

Antara program yang dirancang sempena festival berkenaan adalah forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni.

Difahamkan aktiviti seni yang diadakan juga berlangsung mulai Selasa hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini.

Majlis berkenaan dijadual akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, program sedemikian hanya menggalakkan perjuangan hak serta kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup sedemikian secara sah dan terbuka.

“Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

“Justeru, mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka,” katanya.

Jelasnya, walaupun golongan ini cuba memperjuangkan prinsip hak asasi namun dari Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam isu berkenaan.

“Dewan Pemuda PAS berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt, Tuhan yang mencipta manusia.

"Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama," katanya.

Justeru, jika seseorang individu itu tidak mempunyai agama sekali pun dia masih memiliki akal yang tidak akan membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan.

“Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan-peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan