Orang Ramai Dinasihat Berhati-hati Risiko Tanah Runtuh

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan risiko tanah runtuh memandangkan musim tengkujuh yang bermula awal bulan ini, dijangka berterusan hingga awal tahun depan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian itu menasihatkan semua pihak mengambil langkah pencegahan awal dengan memeriksa kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh. Antaranya, membersihkan saliran air di atas atau di lereng bukit dan menyalurkan air bertakung ke parit sedia ada, serta menentukan parit berada dalam keadaan baik dan tidak tersekat oleh pokok atau sampah sarap.

Kementerian itu turut mengingatkan orang ramai agar memastikan struktur longkang yang diperbuat daripada konkrit tidak pecah dan memerhatikan tanda awal kegagalan cerun seperti keretakan pada turapan jalan dan tembok penahan.

"Sekiranya tiang elektrik dan pokok di lereng bukit mulai condong, ia juga merupakan tanda awal akan berlaku keruntuhan cerun," katanya.

Pengguna jalan raya serta penghuni di kawasan berbukit dan lereng dinasihat agar melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat tanda kemungkinan berlaku tanah runtuh, selain mengosongkan tempat tinggal dengan segera.

Menurut kenyataan itu, kementerian akan mengeluarkan panduan tanda-tanda tanah runtuh di media massa dalam tempoh terdekat untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan