Kerajaan P. Pinang Jangan Pentingkan Diri - Hilmi

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta tidak mementingkan diri dengan menuntut pulangan hasil kutipan cukai yang lebih tinggi daripada kerajaan Persekutuan.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata pemberian hasil cukai yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sebanyak tiga peratus kepada kerajaan negeri bagi tempoh 2001 hingga 2008 adalah wajar berdasarkan kedudukan ekonomi negeri itu.

"Mengikut sistem Persekutuan, negeri yang tak banyak hasil seperti Kedah dan Perlis akan dapat lebih. Yang penting rakyat dapat manfaat," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Hilmi juga menolak dakwaan Lim bahawa Pulau Pinang tidak mendapat layanan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan dalam aspek pemberian hasil kutipan LHDN dan KDRM.

Katanya walaupun Pulau Pinang hanya menerima tiga peratus daripada hasil kutipan cukai berkenaan, Kerajaan Persekutuan memulangkan balik hasil cukai itu dalam bentuk pemberian projek.

Terdahulu, Lim ketika menggulung perbahasan itu mendakwa Pulau Pinang tidak mendapat layanan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.

Lim berkata kutipan cukai di Pulau Pinang oleh LHDN dan KDRM bagi tahun 2001 hingga 2008 adalah kira-kira RM25.7 juta, menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain.

"Peratus pemberian antara kutipan daripada LHDN dan pemberian kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang adalah terendah sekali iaitu tiga peratus. Bagi wang, duduk tempat keempat. Dapat wang, nombor satu belakang kira," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan