Galeri Almarhum Tuanku Ja'afar Akan Dibina Di Taman Tasik

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah galeri yang dikenali sebagai Galeri Almarhum Tuanku Ja'afar akan dibina di kawasan tapak kediaman rasmi Menteri Besar yang lama di Taman Tasik di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembinaan galeri itu bertujuan menempatkan koleksi cenderahati dan anugerah yang diterima Almarhum Tuanku Ja'afar iaitu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesepuluh.

"Galeri ini diwujudkan bagi mengenang jasa Almarhum Tuanku Ja'afar yang telah memayungi Kerajaan Negeri Sembilan selama 41 tahun. Di samping itu, pengisian galeri ini juga akan meliputi sejarah institusi beraja di Negeri Sembilan. "Konsep pengisian galeri ini akan diselaraskan bersama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan keluarga Almarhum dengan dibantu Lembaga Muzium Negeri Sembilan," katanya di sini, Khamis.

Katanya Yayasan Tuanku Ja'afar telah pun diberikan mandat untuk mendirikan galeri itu.

Mohamad berkata mengikut perancangan, sebahagian lagi kawasan itu akan dijadikan kawasan pelancongan.

"Ini akan menambah lagi produk pelancongan yang ada di sekitar bandar Seremban. Galeri ini akan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dan orang ramai untuk datang ke bandar Seremban," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan