Eksport Batu Kapur: Malaysia Rugi Berbilion Ringgit

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia kerugian beberapa bilion ringgit kerana membenarkan eksport batu kapur dalam bentuk asalnya.

Hakikatnya kebanyakan negara Asia Tenggara telah pun mengharamakan pengeksportan batu kapur yang belum diproses.

Blok-blok batu kapur yang belum diproses dieksport pada harga RM60 satu tan kerana ia dibenarkan dijual di luar negara tanpa dikenakan sebarang duti eksport.

Sebaik sahaja bekalan batu kapur ini tiba di destinasi yang dijanjikan, ia akan diproses dan ditukar menjadi produk-produk yang lain dan boleh dijual pada harga mencecah RM390 satu tan.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh StarProbe mendapat beberapa syarikat gergasi yang mempunyai kepentingan di luar negara dipercayai terlibat dengan aktiviti mengeksport batu kapur mentah tersebut ke luar negara dan ada di antara mereka memiliki kilang memproses batu kapur berkenaan.

Dengan menjalankan aktiviti berkenaan, syarikat tersebut memperoleh bekalan batu kapur pada harga yang lebih rendah di Malaysia dan apabila dijual di luar mereka akan dapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Kawasan Simpang Pulai, Ipoh adalah kawasan perlombongan batu kapur paling popular di negara ini.

Pakar industri dalam bidang ini mendakwa batu kapur yang terdapat di kawasan tersebut mempunyai kualiti yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Batu kapur mentah akan diproses dan dijadikan serbuk ultra halus mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan ia digunakan sebagai ramuan dalam lebih daripada 1,000 produk keperluan harian.

Ini termasuklah, aiskrim, ubat gigi, cat, kertas berkualiti tinggi serta bahan binaan seperti simen.

Menurut ahli geologi, Datuk Dr Ibrahim Komo berdasarkan kajian yang dijalankan kawasan di sekitar Ipoh merupakan kawasan batu kapur terbaik di negara ini.

Dr Ibrahim berkata, selain Simpang Pulai, kawasan batu kapur boleh didapati di Perlis, Kelantan, Kedah serta beberapa kawasan di Pulau Pinang.

“jika aktiviti meletupkan kawasan bukit batu kapur berterusan negara kita akan kehilangan daya penarik indah seperti bukit yang hijau,” katanya.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati syarikat-syarikat tempatan yang memegang pajakan bukit-bukit batu kapur ini memperoleh lesen mereka daripada kerajaan negeri Perak.

Bukan itu sahaja, berdasarkan siasatan tersebut turut mendapati bahawa syarikat tempatan yang terlibat dalam perlombongan batu kapur hanya syarikat kecil jika hendak dibandingkan dengan syarikat luar yang telah melabur berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan bekalan batu kapur di negara ini.

Tinjauan yang dijalankan di Simpang Pulai mendapati, pada waktu siang keadaan di kawasan tersebut sesak dengan beberapa lori keluar masuk bagi mengangkut batu kapur yang telah diletupkan di kawsan bukit berhampiran.

Selepas diletupkan batu-batu kapur berkenaan diekstrak dan asingkan mengikut saiz dan warna sebelum komoditi berkenaan dimuatkan ke dalam lori-lori yang telah disediakan.

Difahamkan, sekiranya batu kapur tersebut berwarna putih maka ia mempunyai kualiti yang lebih tinggi. Ia akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil sebelum dieksport ke luar negara.

Bagi batu kapur yang berwarna kekuning-kuningan pula ia akan diproses hingga menjadi bentuk serbuk untuk kegunaan tempatan termasuklah dijadikan makan haiwan

Aktiviti mengangkut batu kapur ke pelabuhan Lumut dijalankan setiap hari oleh lori-lori yang telah diupah.

Di Pelabuhan Lumut, batu kapur berkenaan ditempatkan di sebuah kawasan simpanan yang sangat besar sebelum ia diangkut menggunakan toongkang untuk dieksport ke negara luar seperti Jepun, Australia, India dan Eropah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan