Dewan Muslimat PAS Bantah Program Seksualiti Merdeka 2011

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung di Galeri Annexe di ibu negara bermula pada Selasa sehingga 13 November ini.

Menurut beliau, pakatan rakyat membenarkan sesiapa saja berhimpun seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Menurut beliau, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sesama jenis.

"Tindakan itu tak betul...kita ada pegangan agama dan moral yang tinggi. Saya tidak bersetuju dengan penganjuran program ini," tambahnya.

Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan buat kali keempat bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Antara penaja dan penyokong program itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dilaporkan akan merasmikan program itu pada Rabu depan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan