Belum Tiba Masa Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet Kaji Semula Sejarah - Maglin

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz menegaskan belum tiba masanya Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula penulisan sejarah kemerdekaan negara ditubuhkan buat masa ini.

Sebaliknya beliau amat mengalu-alukan para sejarahwan untuk tampil menulis semula fakta-fakta yang tidak tepat bagi tujuan penambahbaikan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang ingin mengetahui sama ada kementerian itu bersedia membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula penulisan sejarah kemerdekaan negara.

Menurut Maglin, seandainya ditubuhkan jawatankuasa itu, maka pembangkang akan mengatakan bahawa sejarah dicampur-tangan oleh ahli politik.

"Oleh itu, lebih elok sekiranya kita biarkan para sejarahwan, penyelidik dan cendiakawan menubuhkan badan-badan tertentu sekiranya ada keperluan untuk menilai atau menulis semula sejarah," ujarnya.

Jelas beliau, sejak negara mencapai kemerdekaan, penulisan sejarah oleh golongan sejarahwan tempatan semakin berkonsepkan sudut pandangan Malaysia.

"Namun menyedari sejarah merupakan tulisan manusia yang harus diperbaiki, mana-mana fakta yang tidak tepat perlu ditambah-baik," katanya.

Sehubungan itu, Maglin berkata, kementeriannya menerusi Jabatan Arkib Negara bersedia memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat yang ada dlm simpanan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan bukti sahih dalam usaha menulis semula sejarah negara seandainya diperlukan.

"Selain daripada rekod rasmi, arkib juga ada menyimpan koleksi rakaman sejarah lisan yang dilaksanakan melalui sesi temu bual, dan wawancara dengan tokoh negara dari pelbagai bidang dan latar belakang," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan