Tubuhkan Kerajaan Berkecuali Selepas Pembubaran Parlimen - Kamalanathan

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan mencadangkan supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Cadangan itu sebahagian daripada beberapa penambahbaikan yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini, Selasa.

Kerajaan, katanya, seharusnya menjadikan pelantikan seseorang atau kumpulan itu dilihat sebagai berkecuali.

Cadangan itu, beserta beberapa syor lain, dimuatkan dalam laman web beliau, http://www.pkamalanathan.com/blog. Kamalanathan juga mencadangkan penggunaan dakwat kekal, menambah baik sistem undian pos, memanjangkan tempoh berkempen dan menyediakan semua parti politik dengan akses yang adil kepada media.

Beliau berkata terdapat keperluan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan antara undi di luar negara, undi awal dan undi pos.

Kamalanathan berpendapat perbelanjaan pilihan raya diaudit oleh juruaudit bebas.

Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Ogos, yang berkata ia bertujuan "untuk mendapatkan kata sepakat dalam berdepan pilihan raya umum akan datang tanpa sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan." -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan