Pohon Sijil Kemahiran Berdasarkan Pengalaman Kerja - Maznah

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang berkemahiran dalam sesuatu bidang dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun boleh memohon untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk membolehkan kemahiran mereka diiktiraf.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata sijil itu boleh dipohon secara atas talian melalui laman web kementerian iaitu www.mohr.gov.my, dan mereka akan dinilai oleh 1,300 pemantau terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tertentu, yang dilantik kerajaan.

"Saya yakin langkah ini akan membolehkan tenaga kerja mahir negara diiktiraf," katanya ketika merasmikan Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Rabu.

Pada majlis itu, seramai 6,835 graduan yang menamatkan pengajian di 27 ILJTM di seluruh negara menerima Diploma dan sijil masing-masing.

Sementara itu, Maznah berkata sebanyak RM449.5 juta diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi tempoh dua tahun untuk perolehan peralatan, projek naik taraf dan pembinaan ILJTM. Beliau berkata ia adalah antara langkah kerajaan dalam memastikan negara mempunyai modal insan yang memenuhi keperluan industri dan memacu peningkatan produktiviti bagi membolehkan industri beralih ke rantaian nilai lebih tinggi.

Maznah turut menyeru agar elemen inovasi diterap dan diamalkan oleh semua institut latihan kemahiran termasuk ILJTM. "Dalam latihan kemahiran, inovasi adalah penting bagi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi kerana inovasi akan mencetuskan idea baru yang diubah menjadi nilai komersil berdaya maju. "Di sinilah letaknya kunci kepada kejayaan Malaysia untuk kembali ke landasan pengukuhan seterusnya melonjak, sejajar pemulihan persekitaran global," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan