Peter Chin Perjelas Laporan Audit Negara 2010

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan bahawa pengurusan kewangannya lemah seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, sebaliknya disebabkan faktor luaran yang bukan dalam kawalan kementerian itu.

Mengulas buat kali pertama laporan itu, Menteri berkenaan, Datuk Seri Peter Chin berkata kementerian itu akan bertemu dan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen berhubung Laporan Ketua Audit Negara, terutamanya mengenai projek bekalan elektrik luar bandar yang menyumbang kepada kelemahan kewangan kementerian itu.

"Sungguhpun kami yang menguruskan dana itu (bekalan elektrik luar bandar) tetapi aspek pelaksanaan dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kecil Pelan Transformasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti di sini, pada Rabu.

Chin berkata sumbangan dana diperoleh daripada Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan tanggungjawab utama kementerian itu adalah mengurus dan meluluskan pengagihan dana jika terdapat sebarang permohonan bagi projek bekalan elektrik luar bandar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa satu-satunya projek serupa dan langsung yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah di Pulau Ketam dan ia berjalan dengan lancar. "Jika ada sebarang salah pengurusan maka saya fikir Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu memberi lebih penjelasan berbanding kami," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan adalah lemah.

Tujuh kementerian dan agensi itu adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja Malaysia, Perbadanan Stadium Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berikutan laporan itu, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid membuat keputusan untuk memanggil tujuh kementerian dan agensi kerajaan terbabit supaya memberi penjelasan berhubung kelemahan pengurusan kewangan mereka.

Beliau dipetik sebagai berkata kesemua kementerian dan agensi terbabit akan dipanggil memberi penjelasan mengenai cadangan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, dan PAC akan memutuskan minggu depan sama ada akan memanggil beberapa kementerian serta agensi lain untuk tujuan yang sama. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan