Peniaga Di Stesen Bukit Bendera Serah Memorandum Kepada Ketua Menteri

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan peniaga yang berniaga di pekarangan Stesen Kereta Api Bukit Bendera menyerahkan memorandum pada Rabu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, meminta dibenarkan kembali berniaga di situ.

Wakil mereka Hon Beng Hong, 40, berkata 11 peniaga terlibat mahu kerajaan negeri menunaikan janji memberikan lot kedai kepada mereka memandangkan kerja naik taraf telah siap sejak April lepas.

"Sejak dua tahun lepas kami tidak berniaga berikutan lot kedai itu dinaik taraf dan para peniaga dijanjikan lot kedai yang berwajah baru serta lebih selesa apabila kerja naik taraf selesai.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, kami tidak dibenarkan berniaga dan apa yang mengecewakan peniaga ialah semakin ramai peniaga haram berniaga di luar stesen tanpa sebarang halangan," katanya kepada pemberita di sini.

Mereka menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri Ng Wei Aik, di pekarangan Dewan Undangan Negeri.

Seorang lagi peniaga, Kamariah Mohamad, 57, berkata beliau berniaga makanan ringan di kawasan itu sejak 20 tahun lepas dan berharap dapat berniaga kembali secepat mungkin.

"Sudah dua tahun saya tidak berniaga dan kini hanya bergantung pada wang pencen suami saya untuk menyara keluarga," katanya yang mempunyai lima anak.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih pada satu sidang akhbar berasingan, berkata pihaknya akan bermesyuarat pada Rabu depan bagi menyelesaikan perkara berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan