Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65.

Usul yang dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu) di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu tidak diluluskan selepas mendapat tentangan sebulat suara daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibahaskan bagi mengelakkan didakwa berat sebelah serta menyebelahi pihak kerajaan.

"Kalau saya tolak sewenang-wenang mengikut peraturan mesyuarat yang ada seperti kuasa saya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 100, saya akan dituduh bersubahat dengan kerajaan.

"Pertimbangan saya ialah alasan-alasan yang dibawa oleh Batu (Tian) boleh dibangkitkan pada perbahasan peringkat dasar kerana kini mesyuarat berlangsung pada peringkat jawatankuasa.

"Tapi atas sebab tertentu, saya benarkan usul yang sepatutnya saya tolak ini untuk dibahaskan dengan had masa," katanya.

Dalam pada itu, Tian ketika membentangkan hujahnya berkata, tindakan beliau membawa usul tersebut tidak bertujuan memalukan atau menimbulkan kesulitan kepada mana-mana pihak.

"Pemotongan gaji sebulan ini cuma simbolik untuk memperingatkan pemegang-pemegang jawatan tertinggi supaya menjalankan tugas dengan amanah dan telus.

"Penurunan prestasi pelbagai indikator sosioekonomi mutakhir ini menunjukkan kelembapan pentadbiran Pejabat Perdana Menteri menangani isu-isu negara," katanya.

Usul Tian Chua itu mendapat sokongan Jeff Ooi (DAP-Jelutung).

Namun dua Ahli Parlimen BN, Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) ketika turut serta dalam sesi perbahasan menolak usul tersebut kerana menyifatkan ia berniat untuk memburukkan imej Perdana Menteri dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Usul berkenaan turut ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sesi penggulungan.

"Bagi pihak kerajaan kita menolak usul yang dikemukakan oleh Batu (Tian)," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan