MTUC Perlu Mohon Permit Untuk Adakan Piket- Polis

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok, seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid berkata walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

"Dalam hal ini, Akta Polis masih berkuatkuasa...sebarang perarakan mesti mendapat kelulusan ketua polis daerah masing-masing. Mereka perlu kemukakan permohonan dan kami akan pertimbangkan sama ada ia (boleh) menjejaskan keselamatan awam atau tidak.

"Tak kisahlah mereka nak berhimpun sehingga 100,000 orang sekalipun. Kalau ia tak mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kami akan luluskan. Kami bukanlah kejam sangat tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan," kata Salleh kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini, Rabu.

Terdahulu, beliau menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Siri 1/2011.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor semalam berkata piket bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Oktober lepas, tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja iaitu antara pukul 5 dan 6.30 petang.

Beliau berkata piket itu dijangka melibatkan antara 300 hingga 500 orang di setiap lokasi dan pegawai kesatuan telah diberi tanggungjawab memastikan piket berlangsung secara aman.

Pada majlis itu, seramai 118 inspektor percubaan iaitu 93 lelaki dan 25 wanita menamatkan kursus asas untuk kenaikan pangkat secara lantikan.

Ini adalah julung kali pengambilan inspektor dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda menerusi Skim Perkhidmatan Polis yang baru. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan