Malaysia Saran Kerjasama Bimbing Remaja Guna Internet

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Cadangan Malaysia supaya diwujudkan rangkaian kerjasama antarabangsa bagi membimbing generasi muda terutama pada peringkat sekolah mengenai penggunaan internet, mendapat sambutan anggota panel pada Persidangan London mengenai Ruang Maya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan itu disambut baik kerana tidak ramai yang memikirkan aspek pencegahan yang perlu diambil. "...negara kita mengemukakan pandangan ini berikutan kita sendiri berhadapan dengan generasi baru yang masing-masing begitu gah dan ghairah menggunakan internet. "Tetapi dalam diri masing-masing tidak ada prinsip berhubung penggunaan internet itu yang harus dilakukan secara bertanggungjawab dan mengambil kira nilai-nilai positif dan menyeluruh," katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri persidangan itu, di sini Selasa.

Persidangan dua hari itu yang bermula Isnin dirasmikan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British William Hague, dan disertai kira-kira 700 wakil pemain utama ruang maya dari seluruh dunia meliputi pelbagai sektor.

Rais mengemukakan cadangan itu pada sesi pertama persidangan yang dipengerusikan Hague.

Mengulas lanjut, Rais berkata, banyak pihak mencadangkan agar perkara itu dibawa ke dalam sistem pendidikan dan aspek pencegahan diwujudkan bagi membimbing generasi muda.

"Ahli-ahli panel yang mengambil bahagian tadi mendengar pandangan Malaysia dan ia mendapat sambutan serta diberi penghormatan oleh Hague mengenai pencapaian kita dan panel juga memberi tempat terhadap persoalan yang dikemukakan," katanya.

Mengulas mengenai ucapan perasmian Hague, Rais berkata, pemimpin itu menekankan kebebasan menggunakan internet itu wujud, namun apa yang salah di luar internet turut salah di dalam internet.

"Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah masyarakat dunia perlu bersatu bagi melaksanakan program pencegahan, informasi dan penguatkuasaan yang tegas," katanya.

Rais kemudian ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen Kuwait yang mendapatkan pandangannya mengenai norma di ruang maya serta berkenaan persidangan itu yang akan diadakan di Hungary tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan