Lembah Klang Akan Sesak Menjelang 2020 Tanpa MRT

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan kesesakan trafik yang teruk jika aliran transit massa (MRT) tidak tersedia menjelang 2020, kata Datuk Seri Idris Jala, ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Jika kita tiada MRT, saya jamin menjelang tahun 2020, bandar ini (Lembah Klang) akan sesak teruk," kata beliau dalam taklimat media bersempena dengan siapnya 12 bulan pertama Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata tiada bilangan bas akan menyelesaikan masalah trafik bandar, dan Malaysia memerlukan modus operandi yang berbeza sebagai penyelesaian.

Idris berkata beliau menghabiskan masa selama 15 minit setiap hari di Twitter untuk memberi respon kepada komen orang ramai mengenai ETP, sambil menambah kebanyakan rungutan ialah mengenai pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas dan kereta api Komuter KTM.

Beliau berkata orang ramai masih lagi belum sedar mengenai usaha-usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan jalan raya, sambil memberi contoh tempahan untuk keretapi dan bas baharu serta menghias semula perhentian bas di Lembah Klang.

"Segala-galanya telah dilakukan dan orang ramai masih lagi merungut kerana jawapannya bergantung dengan MRT," tambah beliau.

Bagi mengurangkan kos, Idris berkata Malaysia telah belajar dengan menderaf pembangunan MRT termasuk dari Korea Selatan, Jepun dan Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan