Kebolehan M'sia Bantu Jemaah Haji Tidak Dapat Ditandingi - Najib

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Perdana Menteri berkata sokongan kerajaan yang kuat serta pengurusan yang cekap oleh pihak yang bertanggungjawab, menjadikan urusan umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji menjadi amat mudah serta efisien, dan kehebatan itu tidak dapat ditandingi negara lain di dunia.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia disebabkan kecekapan kerajaan serta pihak terbabit dalam mencari peluang serta usaha keras menghimpun dana, khusus bagi menambah lagi kemampuan dalam membantu umat Islam mengerjakan ibadah haji.

Katanya keistimewaan Lembaga Tabung Haji ialah ia dapat menyediakan urusan haji yang amat baik, apabila para jemaah mendapat pulangan nilai perbelanjaan yang tinggi, serta penyediaan makanan, penginapan, pengangkutan, kaunseling, perubatan dan sebagainya, juga diuruskan dengan teramat baik.

"Di samping itu, nilai subsidi 20 peratus (diberikan kerajaan kepada jemaah) daripada kos sebenar yang ditanggung jemaah muasassah, iaitu kira-kira RM4,300, merupakan nilai yang amat bermakna kepada mereka, tahniah kepada Tabung Haji atas urusan yang dapat sambutan positif dari jemaah haji," katanya dalam satu persidangan akhbar di ibu pejabat Tabung Haji di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri bersama rombongannya yang termasuk bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini pada kira-kira pukul 9.30 pagi, disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Muasassah Asia Tenggara Zuher Abdul Hamid.

Najib berkata kerajaan berusaha memudahkan umat Islam di Malaysia melakukan haji menerusi kaedah yang boleh dilaksanakan dengan bilangan yang ramai, dan menurutnya hubungan baik negara dengan kerajaan Arab Saudi membolehkan Malaysia sentiasa mendapat pertimbangan sewajarnya dalam perkara itu.

"Sebab itu apabila mangkat Putera Mahkota Arab Saudi Sultan Abdel-Aziz al-Saud baru-baru ini, saya sendiri ambil keputusan untuk datang menziarah, bersama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), untuk memperlihat betapa berat pandangan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap hubungan kita yang sangat akrab dengan kerajaan Arab Saudi," katanya.

Menurutnya sikap jemaah haji Malaysia serta pengurusan ibadah haji yang baik mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi, sehingga ia sentiasa mendapat pujian banyak pihak di sini.

Perdana Menteri berharap rekod pencapaian yang baik dari segi pengurusan ibadah dan sikap jemaah haji dari Malaysia yang ditunjukkan di sini, dapat dikekalkan.

Sementara itu Najib berkata Malaysia juga seharusnya mencari peluang-peluang perniagaan di sini, termasuk dalam pemerolehan ekuiti dan juga projek-projek jangka panjang.

"Tapi peluang tidak semestinya terbatas kepada Tanah Haram sahaja, tapi mesti menjangkau secara global, asalkan ia patuh kepada prinsip syariah, maka Tabung Haji, atau syarikat-syarikat, perlu juga cari peluang di tempat-tempat lain di Arab Saudi, tidak boleh membataskan kepada tanah haram sahaja, kerana perspektif itu tidak akan menguntungkan," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa menemui kumpulan Imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), yang mendapat penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Sementara itu, Rosmah mengambil peluang untuk melawat bilik rawatan di hotel Janadiriah, sebelum menyertai Najib untuk menikmati jamuan bersama dengan beberapa jemaah haji yang terpilih.

Kedua-dua mereka kemudiannya beramah mesra dengan beberapa jemaah haji di surau sebelum berlepas pulang ke hotel penginapan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan