KBS Bukan penganjur 'The Challenger Muay Thai' - Shabery Cheek

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan bukan penganjur kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang disertai peninju Israel Ilya Grad baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan negeri Selangor, menerusi Tourism Selangor, memperuntukkan RM5 juta untuk kejohanan itu dan beliau mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.

"Sebagai bukti, pada setiap episod kejohanan itu menerusi siaran televisyen di AXN, logo Tourism Selangor sentiasa dipaparkan dan saya berasa hairan kenapa kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai penyertaan atlet Israel itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak seharusnya melemparkan pelbagai tuduhan terhadap dirinya kerana urusan kemasukan atlet Israel ke Malaysia adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Kementerian Belia dan Sukan, malah warga Israel tidak boleh memasuki Malaysia sewenang-wenangnya.

"Saya rasa pelik dengan kenyataan kerajaan negeri yang menyatakan bahawa mereka tidak terlibat langsung dengan kejohanan itu, tetapi memperuntukkan RM5 juta untuk kejohanan itu, namun pada masa yang sama, tidak mengetahui langsung mengenai penyertaan seorang atlet Israel.

"Kerajaan negeri, sebagai tuan rumah kejohanan itu, seharusnya mengenakan syarat untuk menyekat kemasukan atlet Israel kerana Malaysia dan Israel sehingga kini tidak ada hubungan diplomatik," kata Ahmad Shabery.

Menurut laporan akhbar, Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong berkata walaupun berjaya menarik siri televisyen itu untuk difilemkan di negeri itu, kerajaan negeri langsung tidak terlibat dalam penganjurannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan