Jais Keluar Waran Tangkap Terhadap Bob Lokman

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu Jumaat lalu.

“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pendakwaan Syariah Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanaan di sini, Selasa.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider 13 Oktober lalu, Bob Lokman menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jais.

Bob Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan