Jabatan Keretapi Sabah Diminta Siasat Segera Punca Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha meminta Jabatan Keretapi Sabah (JKS) mengenalpasti punca sebenar kejadian kemalangan kereta api yang merempuh sebuah lori tangki minyak di Kota Kinabalu, yang menyebabkan 12 penumpang cedera Isnin lepas.

Katanya, jika dakwaan yang menyatakan kemalangan itu disebabkan terdapatnya lintasan haram maka ia adalah sesuatu yang serius.

"Meskipun kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa tetapi kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika langkah-langkah keselamatan diberi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia di sini, Rabu.

Kereta api membawa kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki yang membawa muatan 27,000 liter petrol di kilometer 5 Jalan Kota Kinabali - Petagas, menyebabkan 12 penumpangnya cedera akibat letupan daripada pelanggaran tersebut dan masing-masing cuba menyelamatkan diri pada kemalangan itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Beliau berkata Jabatan Keretapi Sabah (JKS) perlu memberi perhatian serius jika didapati lintasan haram merupakan punca kemalangan dengan mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian seumpamanya berulang.

"Kita menyifatkan kejadian ini sebagai satu ingatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati terhadap lintasan haram...saya harap kejadian itu akan memberi kesedaran kepada semua," katanya.

Beliau berkata kementerian akan mendapatkan laporan siasatan kes itu daripada JKS dan juga polis. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan