Tiada Penyelewengan, Lebihan Perbelanjaan Berpunca Peningkatan Tukaran Wang Asing

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.

"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

"Apabila nilai pertukaran wang asing bertambah, maka jumlah pembayaran dalam Ringgit Malaysia dipersesuaikan dengan mata wang negara berkenaan menunjukkan peningkatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari republik itu Dr Ng Eng Hen.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi ke republik ini sempena Mesyuarat Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan ulang tahun ke 40 PFDA esok.

Katanya kementerian berkenaan tidak membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan tetapi mengikut harga yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah penting untuk orang ramai mengetahui bahawa tiada penyelewengan dalam perbelanjaan dan wujud klausa yang membenarkan bayaran mengikut nilai tukaran wang asing semasa.

"Itulah yang mahu diperlihatkan oleh laporan audit tetapi ada pihak yang mencari silap seolah-olah ada berlaku penyelewengan.

"Saya ingin nyatakan bahawa 100 peratus tiada penyelewangan tetapi disebabkan faktor tukaran wang asing," tegas Ahmad Zahid. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan