Siasatan Menyeluruh Mengenai Pelanggaran Kereta Api Dengan Lori Tangki Minyak

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu siasatan menyeluruh mengenai punca perlanggaran kereta api dengan sebuah tangki minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Isnin.

"Saya bersyukur tidak ada kematian tetapi saya mahu pihak terbabit termasuk Jabatan Keretapi dan Shell Timur menjalankan siasatan terperinci mengenai kemalangan ini," kata beliau.

Musa, yang kini melakukan lawatan kerja di London selama empat hari berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Dalam kemalangan itu, sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat letupan kuat yang disebabkan sebuah kereta api yang dinaiki kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki membawa 27,000 liter petrol di lintasan kereta api haram berhampiran KM5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas dekat sini pada kira-kira pukul 5.30 petang. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, penumpang lain dalam kereta api itu yang dapat menyelamatkan diri dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.

Beliau juga dilaporkan berkata, lori tangki itu sedang menyeberang landasan kereta api untuk menghantar petrol ke sebuah stesen minyak, tetapi terlambat untuk menyeberanginya, mengakibatkan kereta api itu merempuhnya.

Musa juga mahukan pihak berkuasa terbabit meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sepanjang laluan melintas kereta api bagi mencegah kemalangan.

"Saya juga berharap mereka yang cedera agar cepat sembuh dan mahu memastikan mereka bahawa kerajaan akan melakukan segala mungkin untuk membantu mangsa berkenaan," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan