Prasarana Perkenal Kad MyRapid Untuk Pengguna LRT

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan kad MyRapid esok untuk memudahkan lagi penumpang menggunakan perkhidmatan LRT.

Dalam kenyataan pada Selasa, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkata dengan menggunakan kad itu, pengguna LRT hanya perlu menggunakan satu kad untuk laluan Ampang dan Kelana Jaya.

Kad ini akan dijual di semua pejabat jualan tiket di stesen LRT RapidKL mulai esok (2 November) dengan diskaun istimewa 80 peratus bagi kad berharga RM10 (RM2 bagi harga kad dengan nilai kad RM8), selagi stok masih ada.

Kenyataan itu juga berkata para pemegang Tiket Nilai Tersimpan Magnetik (SVT) boleh menukar kad masing-masing dengan kad MyRapid tanpa sebarang bayaran.

RapidKL menasihati pengguna membeli kad MyRapid baru itu untuk memudahkan lagi perjalanan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan Prasarana 03-7885 2587 atau melayari laman sesawang Prasarana myrapidkl.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan