Kerajaan Subsidi Petrol, Diesel Lebih RM15 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM15.9 bilion bagi membiayai kos petrol dan diesel pada 2011.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, jumlah tanggungan subsidi berkenaan meningkat berbanding 2010 iaitu sebanyak RM9.6 bilion.

Bagaimanapun beliau berkata, aspek kemampuan kewangan kerajaan untuk terus menanggung subsidi bahan api berkenaan perlu diberi perhatian agar tidak menjejaskan sumber pendapatan negara.

"Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel mulai 16 Julai 2010 di mana subsidi bagi petrol RON95 dan petrol dikurangkan sebanyak 5 sen seliter.

"Harga petrol RON97 pula telah diapungkan secara terkawal. Anggaran penjimatan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut adalah sebanyak RM700 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang ingin mengetahui jumlah subsidi sebenar yang ditanggung kerajaan dalam membiayai kos minyak petrol dan diesel di negara ini.

Selain itu itu Donald berkata, menerusi rasionalisasi subsidi pada Disember 2010, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1 bilion apabila subsidi ke atas RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen.

Sementara itu menurut Donald, Malaysia masih mencatat harga penjualan RON95 paling murah di kalangan negara-negara Asean apabila minyak jenis berkenaan dijual dengan harga RM1.90 seliter.

Filipina mencatat harga RON95 paling mahal apabila dijual dengan harga RM5.81 seliter diikuti Singapura (RM5.15), Thailand (RM4.13) dan Indonesia (RM4.13).

"Malaysia jual paling murah, walaubagaimanapun kita akan mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban," katanya.

Dalam pada itu Donald berkata, kerajaan juga akan terus mengkaji rasionalisasi subsidi terhadap semua sektor termasuk sektor tenaga yang menelan perbelanjaan berjumlah RM19 bilion.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan