Kerajaan Lebih Bersedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan lebih bersedia bagi menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut bulan depan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan bagi merangka persiapan untuk menghadapi bencana itu.

"Kita sentiasa bersedia, cuma kita tidak boleh jangka keadaan macam mana, jadi kita kena bersedia lebih daripada biasa," katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang berlepas ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut penduduk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihat supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut.

Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lepas.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata beliau akan mendengar taklimat serta mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara tidak lama lagi bagi mendapatkan input berhubung persiapan menghadapi bencana alam itu.

Beliau berkata selepas mendapatkan pandangan itu, barulah kerajaan dapat merangka bantuan sepatutnya untuk menghadapi situasi itu.

"Saya nak dengar segala persiapan yang kita buat bersama agensi-agensi lain termasuk dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kita nak tahu daripada segi soal logistik yang perlu kita sedia.

"Kita juga kena ambil maklumat daripada Jabatan Kaji Cuaca yang lebih maklum. Mungkin keadaan agak lebih daripada biasa tetapi setakat ini, semuanya sudah pun kita ambil kira," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagaimana pengalaman sebelum ini, persiapan awal bagi menghadapi banjir sudah pun dilakukan dan berdasarkan pengalaman lepas, keadaan itu dapat ditangani.

Ditanya mengenai langkah kerajaan memberi bantuan kepada negara jiran seperti Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja yang dilanda banjir besar, Muhyiddin berkata kerajaan memutuskan untuk menyalurkan bantuan itu kerana bencana alam yang melanda negara berkenaan kali ini adalah luar biasa.

"...Dan kita tahu dalam keadaan yang ada sekarang...susah dan sebahagian rakyat mereka berada dalam keadaan teruk seperti di Bangkok... Myanmar dan Laos pun keadaannya lebih daif. Jadi kita putuskan akan hantar bantuan kepada mereka," katanya, sambil menambah bantuan itu mungkin dalam bentuk barangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan