Hospital Veterinar Universiti Dapat Sokongan Kuat KPT

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sokongan kuat akan diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Hospital Veterinar Universiti (UVH) dalam usaha menggerakkan bidang perubatan haiwan ke tahap terbaik.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hospital yang terletak di Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) bukan sahaja dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat tetapi juga memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkualiti.

"Setelah mencapai tahap ini, fakulti ini perlu dikembangkan kerana ia merupakan sebahagian daripada kemudahan yang diperlukan masyarakat.

"Kita tidak boleh berhenti setakat ini sahaja. Peralatan lama dan usang perlu diganti dengan yang baru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar UPM, di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata, mutu dalam bidang ini perlu sentiasa dipertingkatkan dan diperkukuhkan agar ia relevan dengan perkembangan dan tuntutan semasa.

"Graduan dalam bidang ini juga mempunyai masa depan cerah kerana mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dan ditawarkan gaji lumayan," jelasnya.

Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan perubatan veterinar yang semakin meningkat juga dilihat dapat menjana pendapatan universiti.

"Dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2008 hingga 2010 sebanyak 71,656 kes dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM3.563 juta.

"Mahasiswa dan petugas dari fakulti ini juga memberi sumbangan terhadap keselamatan negara melalui kawalan penyakit epidemik yang berasal daripada binatang," katanya.

Penyakit tersebut termasuk Selsema Burung, H1N1 dan Virus Nipah yang pernah melanda negara dan mengancam nyawa manusia.

Hospital veterinar baru dan pertama di Malaysia ini dibina dengan kos RM28 juta dan dilengkapi kemudahan tercanggih di Asia Tenggara.

Berkeluasan 5,158 meter persegi, hospital ini merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, makmal diagnosis, dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan.

Hospital ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Perubatan Veterinar UPM yang turut mempunyai blok akademik dan blok penyelidikan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan