ETP Bantu Rancakkan Pertumbuhan, Elakkan Muflis - Idris

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan membolehkan negara mencatatkan pertumbuhan yang tinggi iaitu empat peratus dan mendapatkan lebih banyak pendapatan bagi mengelakkan muflis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata untuk tempoh 10 tahun ini, sekiranya ekonomi Malaysia berkembang kurang daripada empat peratus, tanpa ETP itu dan tiada pula kenkangan ke atas perbelanjaan operasi, yang termasuklah subsidi, hutang negara dijangka meningkat sebanyak 12.5 peratus setahun.

"Jika itu berlaku dan pendapatan tidak berkembang serta ekonomi tumbuh kurang daripada empat peratus, kita boleh mencapai kedudukan hutang kita 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang 2019," kata beliau.

Idris, yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, berkata demikian kepada pemberita pada taklimat media dan penganalisis bersempena "ETP Mencapai Usia Setahun" di sini pada Selasa.

Beliau berkata untuk meningkatkan pendapatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperlukan, sambil menambah yang 143 negara telah melaksanakannya termasuk Sudan, Lesotho dan Kemboja.

"Secara peribadi, negara tidak sabar untuk melaksanakan GST," tambah beliau.

Idris berkata jika kadar GST ialah pada lima peratus, negara boleh menyaksikan pendapatan RM6 bilion setahun dan RM13 bilion dalam tempoh lima tahun jika kadar adalah sama dengan Singapura iaitu tujuh peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan