AUKU: KPT Tidak Serius Laksana Transformasi Jika Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mempertimbangkan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan menunjukkan kerajaan tidak serius dalam melaksanakan transformasi di negara ini.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan masih memperlihatkan cara pemikiran lama apabila terus-menerus mahu mengekang pemikiran mahasiswa terutama dalam politik.

"Sekiranya mereka masih mahu membawa perkara ini pada peringkat yang lebih tinggi, ianya menunjukkan cara pemikiran lama masih berada di pihak BN (Barisan Nasional) dan segala percakapan berhubung transformasi adalah retorik semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bahawa kementerian itu akan mempertimbang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Mohamed Khalid berkata keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak selari dengan matlamat institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang menuntut pelajar berpandangan luas dan menunjukkan kematangan intelektual.

Mengulas lanjut Khalid berkata, KPT seharusnya menerima keputusan tersebut sebagai pembaharuan dalam sistem pendidikan tinggi di negara ini.

"Pemikiran mahasiswa tidak seharusnya disekat. Sepatutnya, apa yang dilakukan mahasiswa iaitu apabila melihat sesuatu yang tidak betul, mereka bersuara dan berdebat.

"Tapi pemikiran yang lama di kalangan pemimpin negara ini melihat ia sebagai sesuatu yang negatif," katanya.

Pada Isnin, keputusan 2-1 panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi Perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Pada 28 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23 dan Azlin Shafina Mohamad Adza, 23, yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 1 Jun tahun lalu, mereka menamakan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM bagi mencabar tindakan universiti mengemukakan notis menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar seksyen berkenaan.

Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu dan menamatkan pengajian masing-masing bulan lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan