Sasar 36 Juta Pelancong Asing Menjelang 2020

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 36 juta pelancong asing dijangka berkunjung ke negara ini menjelang tahun 2020 dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai dengan pelaksanaan 12 inisiatif strategik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Pelancongan Kebangsaan seperti 'Luxury Malaysia' dan 'Agrotourism'.

"Malaysia pada 2010 telah menerima 24.6 juta pelancong dari seluruh dunia dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM56.4 billion...ini menunjukkan pendapatan lebih RM1 bilion seminggu.

"Siapa dapat pendapatan itu? ...pemandu teksi, penjual buah-buahan, peniaga makanan dan rakyat kita yang lain. Di sini kita lihat pelancongan ejen kemakmuran ekonomi kepada rakyat," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat di sini, Isnin. Beliau berkata bagi menarik lebih ramai pelancong, faktor utama yang perlu dititik beratkan oleh rakyat Malaysia ialah kebersihan terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai dan kemudahan awam.

Sementara itu, katanya sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kementerian itu menerima banyak cadangan projek pelancongan daripada kerajaan negeri bagaimanapun hanya mempunyai peruntukan melaksanakan antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah projek dalam cadangan itu. "Kementerian perlu memberi keutamaan kepada projek yang berdaya saing, kemudahan dan penyampaian selari dengan pelancongan kerajaan negeri seperti Melaka pelancongan warisan dan Sabah pelancongan agro," katanya.

Ng berkata melalui 'rolling-plan' pertama RMK10, Melaka diperuntukan RM118 juta untuk membangunkan 17 projek pelancongan berimpak tinggi antaranya Perkampungan Hang Tuah, Monorel dan naik taraf Taman Botanikal.

Beliau berkata melalui RMK10 juga kerajaan memperuntukkan RM27 juta untuk menaiktaraf infrastruktur pelancongan di kawasan pulau seperti di Pulau Pangkor, Pulau Sibu dan Pulau Duyong. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan