Rakyat Tiada Pilihan Kerajaan Terbaik Selain BN

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.

"Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

"Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Jelasnya, bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.

Muhyiddin berkata kejayaan kerajaan di bawah BN menyatupadukan serta membangunkan rakyat berbilang kaum dan agama turut diiktiraf oleh seluruh dunia.

"Kita telah menolak teori cendekiawan luar bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia selalu tidak aman, tidak tenteram dan mundur.

"Kita telah menerima perbezaan antara kita sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk membangun dengan lebih pesat," katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar-dasar yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN, kadar kemiskinan juga berjaya diturunkan.

Beliau menjelaskan keadaan di Malaysia selama ini jauh lebih baik daripada negara lain yang mana rakyatnya huru-hara akibat kemiskinan, biarpun negara berkenaan kaya dengan sumber asli.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan subsidi untuk mengawal kenaikkan harga barangan bagi mengurangkan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana kerajaannya memberi subsidi yang besar demi kebajikan rakyatnya.

Muhyiddin turut meminta rakyat Sabah terus memberi sokongan padu dan mantap kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman agar Sabah terus bergerak maju dan rakyatnya terus terbela.

Beliau berkata sokongan berkenaan harus diterjemahkan kepada kerjasama secara berpasukan supaya rakyat terus memberi mandat dan kepercayaan kepada B Nuntuk mentadbir negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan