Putera Andrew Kunjungi Najib - Berita Semasa | mStar

Putera Andrew Kunjungi Najib

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Duke of York, Putera Andrew mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, Isnin.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone mengiringi putera diraja itu dalam perjumpaan selama satu jam sambil bersarapan pagi.

Putera Andrew tiba di Malaysia semalam untuk lawatan selama tiga hari selaku wakil khas Britain bagi perdagangan antarabangsa dan pelaburan.

Beliau dijadual menemui beberapa pegawai kanan kerajaan Malaysia termasuk Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan komuniti perniagaan serta menghadiri acara termasuk merasmikan Newscastle University di Iskandar Malaysia, Johor. Beliau juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pukul 3 petang pada Isnin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Kunjungan beliau yang pertama ke Malaysia ialah pada 2001. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan