Polemik PPSMI Hanya Buang Masa - GPMS Kedah

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyifatkan polemik mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai membuang masa dan harus dihentikan segera.

Pengerusinya Shamsul Bahar Abdul Rani berkata sebaliknya usaha perlu ditumpukan kepada langkah untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui pemantapan silibus mata pelajaran itu sendiri.

"Semua pihak harus menerima pemansuhan PPSMI dengan lapang dada dan apa yang penting sekarang adalah pelan yang komprehensif di bawah sistem pendidikan negara untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu Sains dan Matematik.

"GPMS Kedah ingin mencadangkan agar hasil perbincangan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pendidikan dalam perkara ini dikongsi untuk pengetahuan orang ramai agar semua pihak boleh memberi syor yang sesuai demi kepentingan bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa, guru dan masyarakat perlu membantu kerajaan dengan memberi input untuk memastikan pelajar dapat menguasai ilmu berkenaan secara efektif.

Shamsul Bahar berkata GPMS tidak menolak pentingnya untuk menguasai bahasa Inggeris malah menyokong usaha berterusan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mahir berkomunikasi dalam bahasa asing itu.

Sebelum ini Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa agar diberikan autonomi kepada sekolah untuk memilih PPSMI berdasarkan kajian mereka bahawa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.

Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah pada 2003 tetapi pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan menukar dasar PPSMI itu kepada Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil mulai 2012 tetapi penekanan juga diberi terhadap Bahasa Inggeris. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan