MKN Jalin Kerjasama Dengan Nelayan, NGO & Sektor Swasta Hadapi Banjir

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Banjir terburuk yang melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak awalm bulan ini perlu diberikan perhatian serius.

Justeru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengumpul maklumat sebanyak mungkin bagi membuat persiapan rapi bagi menghadapi bencana alam berkenaan.

Buat pertama kalinya, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan nelayan diajak supaya turut serta membantu dalam usaha pemindahan dan menyelamat, kata Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab

Majlis berkenaan turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan banjir terburuk yang melanda Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.

“Dalam menghadapi banjir yang akan berlaku, kita sepatutnya bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Kita akan memanggil semua pihak termasuk pihak swasta, NGO bagi membentuk pasukan khas untuk menghadapi banjir tersebut.

“Kerajaan sedang menggunakan apa sahaja peluang yang ada dan mereka sedia kemungkinan kita akan berhadapan dengan banjir terburuk dalam sejarah negara,” kata Thajudeen.

Tahun lalu, jumlah taburan hujan meningkat 20 peratus berbanding 2009, bagaimanapun tahun ini jumlah taburan hujan dijangka meningkat dengan mendadak sehingga 60 peratus.

Sebagai badan penyelaras utama pengurusan banjir, Thajudeeb berkata MKN memerlukan kerjasama daripada pihak swasta dalam menyediakan pengangkutan yang sesuai bagi mengangkut harta benda mangsa banjir.

Ini kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat di negara ini.

“Dahulunya, sementara NGOs telah sanggup untuk membantu, tidak ada satu usaha bersepadu yang sering menyebabkan dalam tidak diperlukan.

“Jika dahulu semua aspek logistik hanya datang daripada agensi kerajaan sahaja. Namun kini, kita telah memaklumkan kepada sektor swasta sekiranya mereka mempunyai asset seperti bot dan trak-trak yang boleh digunakan ketika berhadapan dengan banjir.

“Kita juga telah memberi amaran kepada nelayan, bahawa ketika musim tengkujuh mereka dinasihatkan supaya tidak turun menangkap ikan di laut. Sebaliknya kita galakkan mereka terlibat dengan aktiviti pemindahan dan pengurusan mangsa banjir.

“Sekiranya banjir bertambah buruk kita jangka untuk mendapatkan bantuan daripada para nelayan untuk menggunakan bot mereka untuk mengangkut mangsa banjir daripada rumah mereka ke pusat pemindahan berhampiran,” katanya

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membenarkan golongan remaja bermain dengan air banjir dan orang ramai digesa supaya sentiasa memantau perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kajicuaca Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Untuk maklumat lanjut mengenai banjir, orang ramai boleh melayari laman web berikut:

> infobanjir.water.gov.my, www.met.gov.my; > www.jkr.gov.my/app-jkr/index.php; and > www.mkn.gov.my/mkn/default/main.php.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan