Masalah PATI Di Sabah Perlu Segera Diatasi - Pairin

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

"Kita mengharapkan program-proram ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di sini, Ahad.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik. "Tetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Pairin juga berharap isu-isu lain termasuk peluang pekerjaan, royalti minyak, perkongsian kuasa dan peluang kontraktor dari Sabah diberi perhatian.

Beliau berkata isu-isu itu perlu didengar dan diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Pairin berkata PBS turut menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri yang menyeru semua bekerja keras dan sebagai satu pasukan, untuk memastikan kemenangan BN dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan