Laporan Audit 2010: PAS Kemuka Petisyen Kepada Agong

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong berhubung salah urus kewangan negara seperti didedahkan dalam. Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen menerusi internet dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen, Isnin.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, petisyen itu bertujuan untuk memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana Seri Paduka boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Samalah dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang di-Pertuan Agong. Pendedahan ini sangat berat," katanya.

Beliau berkata, pendedahan dalam laporan audit itu menggambarkan kegagalan dan prestasi terburuk Perdana Menteri dalam menguruskan kewangan negara.

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatannya," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan