KPT Timbang Tindakan Lebih Tegas Terhadap IPTS - Berita Semasa | mStar

KPT Timbang Tindakan Lebih Tegas Terhadap IPTS

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi sedang meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan memperuntukkan tindakan lebih tegas termasuk denda lebih tinggi terhadap IPTS yang melakukan kesalahan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

Beliau berkata IPTS yang didapati membenarkan penuntut antarabangsa mereka menduduki peperiksaan tanpa perlu menghadiri kelas akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"IPTS terbabit juga tidak akan dibenar menerima pengambilan pelajar antarabangsa bagi kemasukan seterusnya, jika ia berbuat demikian," kata Mohamed Khaled ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik kelulusan bagi pengambilan penuntut antarabangsa enam IPTS tahun ini.

"Antara faktor penarikan balik kelulusan itu ialah kegagalan IPTS dalam pengurusan pelajar antarabangsa secara berkesan," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata IPTS yang diberi kelulusan pengambilan penuntut antarabangsa oleh KDN pula perlu mengemukakan laporan berkala setiap suku tahun mengenai maklumat status penuntut antarabangsa, termasuk kehadiran ke kelas.

Pemantauan akan dilakukan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui potongan gaji, beliau berkata ia dijangka dapat dilaksanakan hanya pada 2013.

Beliau berkata desas-desus Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memulakan potongan gaji peminjam PTPTN adalah tidak tepat. "Tidak ada potongan dibuat setakat ini," katanya.

Mohamed Khaled berkata jika dilaksanakan, ia mungkin hanya diwajibkan untuk peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan