Keputusan Mahkamah Rayuan Buktikan AUKU Perlu Dipinda - Naib Presiden MCA

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu berpendapat, keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kes Akta Universiti dan Universiti Kolej membuktikan bahawa para pelajar harus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

"Oleh yang demikian saya berasa gembira dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada Isnin yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) akta berkenaan adalah bertentangan dengan perlembagaan negara.

"Keputusan penting ini hanya mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan saya selama ini bahawa akta ini perlu dilihat dan dikaji semula untuk memberi lebih suara kepada generasi muda dalam proses pembangunan negara," kata Gan dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Pada sepanjang masa, kata Gan, beliau telah menyuarakan pandangan bahawa akta universiti dan universiti kolej memerlukan pengkajian semula bagi memastikan ia terus relevan dengan kepada generasi hari ini dan menjadikan Malaysia hub pendidikan yang disegani di rantau ini.

Malah katanya, pada hari kedua beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau telah mengundang keempat-empat pelajar UKM ini untuk datang ke pejabatnya dan mendengar suara hati mereka.

Menurut Gan lagi, sementara keempat-empat pelajar ini sudahpun tamat pengajian, salah seorang daripada mereka kini berkhidmat dengannya.

Keempat-empat pelajar yang membawa kes tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka oleh UKM ke mahkamah ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Adzha.

Kata Gan, keputusan hari ini memberi isyarat yang jelas bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan meminda semula akta berkenaan.

Ini adalah selari dengan semangat transformasi politik yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan