KDN Tubuh Empat Sub-unit Khas Tangani isu Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan empat sub-unit khas untuk menangani isu warga asing di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin. Beliau berkata sub-unit itu akan menangani isu mengenai warga dan pekerja asing di Sabah dan Sarawak, isu pelarian, isu pelajar asing dan isu tuduhan politik yang tidak berasas.

Selain itu kesemua sub-unit berkenaan turut melihat perkara sampingan bagi menambah baik Program 6P, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengarah imigresen negeri, di sini.

"Empat sub-unit ini akan lebih fokus mengenai apa yang harus dilakukan. Mereka akan bekerja dengan kementerian dan agensi termasuk agensi asing," katanya.

Hishammuddin berkata walaupun penubuhan empat sub-unit itu tidak termasuk dalam objektif utama jawatankuasa kabinet dan Program 6P, KDN mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan hasil yang lebih baik. Katanya semua sub-unit berkenaan akan membentangkan laporan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sub-unit ini akan dianggotai pegawai dari agensi di bawah kementeriannya dan KDN akan mengumumkan perinciannya sedikit masa lagi, katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sub-unit bagi menangani tuduhan tidak berasas, Hishammuddin berkata langkah tersebut bagi memastikan tuduhan yang dilontar pihak berkenaan tidak membelenggu Program 6P.

"Dengan penubuhan unit ini, tuduhan boleh dijawab menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang juga dianggotai pihak pembangkang.

"Kalau tidak, hari-hari kita jawab perkara-perkara tida berasas yang akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat kerana ia berunsurkan politik," katanya.

Mengenai unit menangani isu pelajar asing pula, Hishammuddin berkata mereka akan bekerjasama dengan kementerian berkenaan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Luar serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi mencari pendekatan terbaik untuk menangani isu pengambilan pelajar asing.

"Kita akan menilai keistimewaan yang diberikan kepada para pelajar asing yang menuntut di negara ini untuk memastikan ia tidak disalahgunakan," katanya dan menambah keistimewaan termasuk membenarkan mereka bekerja separuh masa pada waktu tertentu seperti cuti semester.

"Kita risau kesempatan ini digunakan mereka untuk melakukan aktiviti jenayah atau salah laku sosial," katanya.

Dari Januari hingga September tahun ini, kerajaan meluluskan 76,472 pas pelajar dan daripada jumlah itu, 18,626 pas dikeluarkan untuk lima negara utama Afrika iaitu Nigeria, Sudan, Somalia dan Bostwana serta Libyan Arab. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan