JPJ Lancar Operasi Besar-Besaran Terhadap Pengguna Motosikal

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas. “Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie.

Ismail berkata memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.

Beliau berkata hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal.

Ismail berkata JPJ telah mengeluarkan saman terhadap pengguna motosikal sepanjang Op Sikap yang lalu di Terengganu sebanyak 1,807 dan 12 buah di sita atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata pada Hari Raya Aidiladha ini JPJ akan mengadakan operasi secara sederhana di seluruh negara.

Sementara itu, katanya usaha ke arah kecemerlangan adalah satu usaha yang berterusan, tanpa had waktu atau batasan. “Hari inovasi hendaklah dilihat sebagai hari bagi mengulangi iltizam atau komitmen warga JPJ kepada kerajaan dan rakyat,” katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan