Elak Sertai Silat Berunsur 'Mantera'

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ibu bapa di negeri ini disaran agar mengawal anak-anak mereka daripada menyertai seni mempertahankan diri atau silat yang mempunyai unsur-unsur 'mantera' yang terpesong daripada akidah Islam.

Presiden Silat Pesaka Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah berkata ibu bapa perlu lebih berhati-hati serta mengenal pasti terlebih dahulu jenis silat sama ada mempunyai bacaan mentera atau tidak sebelum membenarkan anak-anak mereka menyertainya.

Katanya beliau memandang serius mengenai perkata itu kerana ia boleh memudaratkan diri pesilat serta boleh mengakibatkan berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap masyarakat sekeliling.

"Saya berharap agar ibu bapa prihatin mengenai masalah tersebut agar anak-anak tidak terlibat dalam kegiatan persilatan yang memesongkan akidah umat Islam di negara ini," katanya pada sidang media dekat sini malam Ahad.

Katanya terdapat kira-kira 300 pertubuhan silat di negeri ini yang mempunyai anggota berdaftar sebanyak 50,000 orang. Latt Shariman berkata generasi muda digalakkan mempelajari ilmu mempertahankan diri sebagai persediaan untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman penjenayah.

Katanya mereka yang mempelajari ilmu persilatan ini dapat mendisiplinkan diri serta dapat memupuk nilai murni masyarakat Melayu yang kian hilang pada hari ini.

Terdahulu Latt Shariman turun padang berkunjung ke Gelanggang Silat Kuntau Patani di Kampung Sungai Batang, Tambak Bunga, Kuala Kedah dekat sini bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pesilat dan jurulatihnya.

Latt Shariman yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah juga turut meluluskan peruntukan untuk membaik pulih gelanggang silat di kampung itu bagi membolehkan mereka melakukan latihan dengan lebih selesa. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan