Demonstrasi Haram: Lima Individu Ditahan Di P. Pinang

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seramai 200 pemuda bermotosikal dan berpakaian kemeja-T kuning berarak di Jalan Penang, Komtar dan Lebuh Leight di hadapan Dewan Undangan Negeri, di sini, Isnin. Mereka juga membawa kain rentang meminta kerajaan negeri menyediakan Litar Lumba untuk Mat Rempit, dan Selamatkan Pulau Pinang. --fotoBERNAMA.
Seramai 200 pemuda bermotosikal dan berpakaian kemeja-T kuning berarak di Jalan Penang, Komtar dan Lebuh Leight di hadapan Dewan Undangan Negeri, di sini, Isnin. Mereka juga membawa kain rentang meminta kerajaan negeri menyediakan Litar Lumba untuk Mat Rempit, dan Selamatkan Pulau Pinang. --fotoBERNAMA.

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan