Contohi Steve Jobs, Jangan Takut Ambil Risiko - Najib

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu berani mengambil risiko dalam usaha menjadi seorang yang inovatif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata seorang inovator akan meneroka jejak baru berbanding hanya mengikut laluan yang telah ditinggalkan oleh orang lain.

Najib berkata kehilangan penginovasi terdahulu seperti pengasas syarikat elektronik Apple, Steve Jobs, seorang daripada pengasas Sony Corporation dan pencipta Walkman, Akio Morita, dan pengasas Pan American World Airways, Juan Trippe, telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia yang telah banyak menerima manfaat daripada pemikiran inovatif mereka.

"Warisan yang telah ditinggalkan oleh Steve Jobs, Juan Trippe, Akio Morita dan ramai lagi para inovasi dunia telah membuatkan saya berhenti untuk berfikir seketika...banyak yang boleh dipelajari daripada daripada mereka," katanya dalam entri terbaru blog http://www.1malaysia.com.my.

Najib menyarankan agar mereka ini dijadikan contoh, dengan harapan suatu hari nanti Malaysia dapat meletakkan nama rakyat negara ini dalam analogi sejarah dunia sebagai tokoh yang telah berjaya merubah dunia dengan pemikiran inovatif mereka. Perdana Menteri berkata pada ketika ini rakyat Malaysia seperti Prof Dr Halimaton Hamdan, Phua Khein-Seng dan Tan Sri Tony Fernandes telah membawa idea dan pendekatan inovatif mereka dalam cara untuk melihat dunia moden daripada segi teknologi nano, penyimpanan data dan pengangkutan udara. "Dengan harapan inilah, saya telah mengumumkan 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional, dengan beberapa inisiatif strategik seperti MyCreative Venture Capital dan C1PTA, serta peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Bajet 2012," katanya.

Najib berkata seorang inovator haruslah sentiasa berfikiran terbuka dalam menilai pendapat yang luar biasa dan mampu untuk melihat wujudnya peluang pada sesuatu yang dilihat oleh orang lain sebagai masalah. "Thomas Edison umpamanya, melakukan pelbagai percubaan dengan bahan yang berbeza-beza sebelum beliau akhirnya berjaya menyalakan sebuah mentol lampu pijar selama 40 jam menggunakan filamen karbon," katanya.

Najib berkata seorang penginovasi tidak semestinya mencipta kejayaan pada percubaan pertama, namun perlu cekal dan tidak berhenti berusaha serta mencuba sehingga mendapat hasil yang diingini.

Katanya, seperti Edison, penginovasi harus melihat percubaan-percubaan yang gagal sebagai langkah yang membawa mereka lebih dekat kepada kejayaan, malah, Edison telah merumuskannya ideologi beliau dengan tepat: "Genius adalah satu peratus inspirasi, 99 peratus keringat". "Mungkin inilah perbezaan yang paling ketara antara seorang pencipta dengan seorang penginovasi. Sepanjang zaman, berjuta-juta orang telah menghasilkan pelbagai ciptaan tetapi hanya sebahagian kecil telah menyentuh dunia dengan idea-idea mereka.

"Komuniti kecil ini menjadi penginovasi kerana mereka tidak berlumba untuk menjadi yang pertama menghasilkan sesuatu ciptaan tetapi mereka berlumba untuk menghasilkan versi ciptaan itu yang benar-benar dapat memanfaatkan orang ramai," kata Najib.

Beliau berkata penginovasi percaya bahawa inspirasi hadir daripada sesiapa dan di mana sahaja kerana bagi mereka pembelajaran tidak terhad hanya di sekolah tetapi berlaku setiap kali mereka berinteraksi dengan orang lain atau dengan kehidupan lain termasuklah entiti yang tidak bernyawa.

"Sikap ingin tahu menyemarakkan hasrat mereka untuk mewujudkan produk dan sistem yang lebih baik," kata Perdana Menteri. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan